fb fb fb fb fb

Anggota TUDM, pekerja kilang maut nahas jalan raya

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan/Foto polis

SUNGAI PETANI, 8 November - Dua lelaki menemui ajal selepas motosikal mereka bertembung di Jalan Kampung Kubang Sapi, Sidam Kiri, di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Amyrul Safuan Fadzil, 31, pegawai sumber manusia di Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur dan Muhammad Hambalee Ishak, 27, seorang pekerja kilang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi tadi.

"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang Muhammad Hambalee telah hilang kawalan sebelum merempuh motorsikal dihadapannya.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.

"Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua buah motosikal ditunggang di tengah lorong," katanya kepada RTM hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati, kecuaian Muhammad Hambalee gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh hadapan motorsikal ditunggang Muhammad Amirul Safuan.

"Kes disiasiat di bawah Seksyen 41 ((1) Akta Pengangkutan Jalan, JPJ 1987," katanya.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN