fb fb fb fb fb

Anggota polis mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan rasuah

JOHOR BAHRU, 15 Januari- Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menerima rasuah RM20,000, dua tahun lalu. 

Pengakuan itu dibuat tertuduh, S.Usha Nantiny, 35, di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai ejen kerajaan telah secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM 20,000 daripada suami individu yang disiasat kerana melakukan kesalahan pecah amanah sebagai dorongan untuk tidak menahan seorang isteri individu tersebut. 

Kesalahan dilakukan tertuduh di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis( IPD) Segamat pada pukul 4.50 petang, 28 Ogos 2022. 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia( SPRM),  Zander Lim Wai Keong dan Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam S.Selvanatheran. 

Bagaimanapun mahkamah memerintah tertuduh dijamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Sekyen 24(1) akta yang sama.  

Sebutan semula kes ditetapkan 24 Mac depan. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI