fb fb fb fb fb

Ancaman bom: KPM perketat pemeriksaan keselamatan di sekolah

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying

GEORGE TOWN, 25 November- Pemeriksaan keselamatan di setiap institusi pendidikan akan diperketat susulan ancaman bom di beberapa buah sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan keselamatan murid serta pendidik menjadi fokus utama.

"Selagi ada laporan kita akan terus memberitahu kepada PDRM dan keselamatan murid dan warga sekolah diutamakan. Jadi kita akan ada garis panduan keselamatan dan semua sekolah telah diberitahu untuk mengetatkan lagi," katanya.

Setakat semalam, polis menerima laporan daripada 51 sekolah di beberapa negeri berhubung ancaman bom palsu.

Lim ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Al Mashoor di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM100,0000 bagi projek menaik taraf infrastruktur dan pembangunan sekolah berkenaan.

 
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI