SEREMBAN, 11 Februari - Mengambil inspirasi perkhidmatan mencuci kereta bergerak yang ditawarkan di luar negara, kini keadah itu dibawa masuk di sekitar Seremban, Negeri Sembilan oleh seorang pemuda berusia 30 tahun.
Meskipun Azwan Alias merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuteraan elektrik dan elektronik namun bukan penghalang buat anak muda itu untuk menerokai bidang baharu.
"Dengan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin sibuk berkeluarga dan sibuk dengan masa, keluarga jadi saya tidak dapat banyak bantu dalam hidup mereka saya bantu boleh cuci kereta. Dengan menceburi bidang baru dalam sudut perniagaan kita bukan sahaja dapat menbantu tingkatkan ekonomi negara.
"Pada masa yang sama kita bantu rakyat Malaysia dan buka peluang pekerjaan. Dan aliran ekonomi dapat diwujudkan oleh rakyat Malaysia itu sendiri. Jadi tidaklah kita terikat dengan pekerjaan semata-mata," kata Azwan, di sini.
Menariknya lagi, Azwan bergerak dari rumah ke rumah menggunakan sebuah van yang telah diubah suai untuk diletakkan generator dan tangki air seberat 200 liter mengikut kesesuaian dan tidak melanggar peraturan jalan raya.
Beliau turut berharap perkhidmatannya itu akan dapat diperluas di sekitar Lembah Klang kerana permintaan yang tinggi di kawasan itu selain perkhidmatan itu dapat berkembang maju dan membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai ramai anak muda.