KUALA LUMPUR, 4 Mei- Anak-anak Johor di perantauan diharap dapat memberi sumbangan kepada negeri Johor itu sendiri.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, beliau berharap agar anak-anak Johor dapat menjadi buah fikiran serta memajukan negeri Johor itu sendiri.
"Ini kerana kita tengok ramai anak-anak Johor yang berada di perantauan.
"Daripada segi tahap profesionalismenya tinggi, ada peguam ramai, arkitek, jurutera dan sebagainya.
"Kita mengharapkan mereka memberi sumbangan idea dan khidmat bakti kepada pembangunan negeri Johor sendiri, insha-Allah," katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) di Dewan Perdana Felda di sini.
Tambahnya, kerjasama antara PAMJ dan kerajaan Johor amat penting bagi membangunkan lagi pembangunan serta ekonomi.