SEREMBAN, 7 Februari - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarah untuk memastikan seluruh kawasan di Negeri Sembilan berada di tahap yang baik sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, sebarang aduan yang diterima khususnya berkenaan kerosakan jalan raya perlu ditangani dengan kadar segera.
"Saya juga minta kepada PBT negeri untuk meningkatkan perubahan sedikit sebab kita ingin menyambut sambutan Tahun Baharu Cina dalam beberapa hari lagi.
"PBT perlu meningkatkan lagi kebersihan dan jika ada jalan berlubang-lubang segerakanlah untuk diperbaiki dan kita tidak mahu ketika musim cuti ada kemalangan- kemalanganyang disebabkan oleh perkara yang tidak diingini.
"Kalau ada aduan segerakan aduan- aduan bagi diambil tindakan , begitu juga dengan PBT, SWCORP.
"Kalau ada aduan diambil tindakan dengan segera", kata Aminuddin pada sidang media Pasca Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini.
Dalam pada itu, sejumlah RM52,500 telah disumbangkan kepada 350 orang penerima yang layak di Negeri Sembilan bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina .
Sumbangan itu diperolehi menerusi entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Environment Sendirian Berhad dan serahan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.