fb fb fb fb fb

Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan

SERI MENANTI, 14 Ogos- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan hari ini.

Aminuddin, 56, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan melafaz sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas gabungan parti Kerajaan Perpaduan, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi 31 daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan dalam PRU DUN ke-15 pada Sabtu lalu.

Aminuddin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, mempertahankan kerusi DUN Sikamat selepas menewaskan calon Perikatan Nasional, Ahmad Raihan Muhammad Hilal dengan majoriti 2,662 undi.

Dilahirkan pada 2 Januari 1967, beliau adalah pemegang Diploma Pengajian Perniagaan lulusan Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam, mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof  dan dikurniakam lima cahaya mata berumur 15 hingga 28 tahun.

(Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan
yang kesembilan hari ini)

Media Baharu