fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir landa seluruh negara hingga 7 Malam ini

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7.00 malam ini / FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7.00 malam ini.

Antara kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Jerantut dan Maran), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

Di Sarawak, amaran cuaca melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah dan Limbang.

"Di Sabah meliputi Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat," menurut kenyataan.

METMalaysia memaklumkan bahawa amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN