Amaran ribut petir, hujan lebat di Perlis dan Kedah

KANGAR, 20 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Perlis dan Kedah hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan di Kedah, amaran itu melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. – BERNAMA