fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di Labuan, Putrajaya dan 12 negeri

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan, Putrajaya dan 12 negeri hingga 5.00 petang hari ini.

Keadaan cuaca buruk diramal akan memberi kesan kepada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Keadaan cuaca yang serupa juga dijangka berlaku di beberapa bahagian Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong)," menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan.

Di Sabah, kawasan terjejas termasuk pedalaman (Kuala Penyu) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud); manakala kawasan yang dijangka dilanda di Sarawak termasuk Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).

TETITIA YUSOFF