fb fb fb fb fb

Amaran ribut di semua daerah Perak

foto Bernama

ALOR SETAR, 3 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan kepada 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 97 orang daripada 28 keluarga malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melebihi paras waspada iaitu 1.77 meter (m).

Di PERAK, jumlah penduduk dipindahkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai, kekal 34 orang daripada 10 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemuanya merupakan penduduk Kampung Matang Tengah, yang telah dipindahkan ke PPS tersebut sejak 2 petang semalam.

MetMalaysia menjangkakan semua daerah di Perak akan mengalami ribut pada petang ini.

Selain itu, JPS turut memaklumkan, paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada di tahap amaran, dengan bacaan paras air setinggi 21.79 meter. -- BERNAMA

Trainee