fb fb fb fb fb

Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata dalam Seksyen A, amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala, di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Pada Sekyen B, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan melibatkan Gua Musang, manakala di Terengganu pula melibatkan kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, Seksyen C pula memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah, Perak Pahang dijangka berlaku sehingga esok.

"Di Kedah melibatkan beberapa kawasan iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Perak (Hulu Perak), di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh negeri Perlis" menurut kenyataan itu.

"Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

ROSLINA BINTI DIN