fb fb fb fb fb

Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu

(Foto fail)

PETALING JAYA, 9 Disember- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengarah, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, amaran itu berkuat kuasa sehingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.

Amaran hujan tahap buruk pula diramal berlaku di sebahagian Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala amaran hujan tahap waspada dikeluarkan di negeri-negeri utara dan sebahagian Pahang.

"Dari segi taburan hujan juga pihak kami melihat ini adalah episod hujan lebat pertama sebab taburan hujan yang dicatatkan mencapai sekurang-kurangnya 150 milimiter sehari.

"Apabila angka tersebut dicapai ini dikategorikan sebagai epsi hujan lebat monsun yang pertama," kata Muhammad Helmi dalam temu bual khas RTM di sini.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa peka dengan sebarang amaran yang dikeluarkan METMalaysia dan mengikut arahan sekiranya diarahkan berpindah.

"Jadi pihak kami menasihati orang ramai yang berada di kawasan-kawasan amaran hujan beterusan ni pada peringkat bahaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengikuti sebarang arahan pihak berkuasa yang mungkin diminta berpindah demi keselmatan mereka," tambahnya.

(Muhammad Helmi ketika ditemu bual berkata amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu)

Media Baharu