fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur, Johor

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur dan Johor hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu melibatkan kawasan Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Johor ia melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sabah dan Sarawak berkuatkuasa pada 19 hingga 22 Disember ini.

Di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Semarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah antara yang akan mengalami hujan berterusan di Sarawak.

Manakala di Sabah, melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI