
KUALA LUMPUR, 20 Februari – Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Amaran tahap buruk dikeluarkan untuk Beluran, Kota Marudu dan Pitas; risiko banjir dan kejadian berkaitan hujan tinggi.
- Amaran tahap waspada melibatkan Ranau, Kota Belud, Telupid, Sandakan dan daerah Kudat; penduduk diminta ekstra berhati-hati.
- Ikuti arahan pihak berkuasa dan rujuk maklumat rasmi MET Malaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca atau talian bantuan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, amaran tahap buruk dikeluarkan bagi daerah Beluran di Sandakan serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.
Sementara itu, amaran tahap waspada melibatkan Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat, Telupid dan Sandakan di Sandakan serta daerah Kudat.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca serta media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian 1-300-22-1638.