fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor hingga esok

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok (6 Mac).

Menerusi kemas kini MetMalaysia pada pukul 10.35 pagi tadi, amaran hujan berterusan (Waspada) pula dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.

Sementara itu amaran hujan berterusan (Waspada) itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.


(INFOGRAFIK METMALAYSIA)

Media Baharu