fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di lima negeri mulai esok- MET Malaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sekali lagi mengeluarkan amaran hujan berterusan berkuatkuasa esok sehingga 11 Disember 2024.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia menjelaskan kemungkinan berlakunya hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri.

Antara negeri yang terlibat termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Amaran hujan berterusan membabitkan negeri Pahang dan Johor bermula dari 9 sehingga 11 Disember.

Orang ramai disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi dan aplikasi mobil myCuaca MET Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE