fb fb fb fb fb

Amalkan gaya hidup lestari, guna air secara berhemah

Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Loo Took Gee

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Pengunaan air secara berhemah mampu dicapai dengan mengamalkan gaya hidup lestari.

Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Loo Took Gee berkata ia boleh dilaksanakan menerusi perkongsian maklumat dan pendidikan secara berterusan di peringkat akar umbi.

"Ini perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh orang awam. Itu sebabnya kita perlu selalu memberi pendidikan atau perkongsian maklumat melalui program-program yang SPAN laksanakan di peringkat akar umbi supaya orang awam memahami mengapakah mereka perlu menggunakan kemudahan ini dan mengapakah mereka perlu membayar tarif untuk kemudahan yang disediakan pihak kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Tambah Took Gee, cabaran perubahan iklim dan pemanasan global ketika ini menuntut tanggungjawab semua pihak untuk bekerjasama dalam menangani sebarang isu berbangkit.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN