Amalan ziarah-menziarahi, rumah terbuka perlu terus disuburkan

Amalan ziarah-menziarahi dan rumah terbuka mengeratkan hubungan sesama kaum – Foto RTM

MATA AYER, 17 Februari – Tahun Baharu Cina bukan sahaja mencerminkan warisan budaya, malah menjadi platform mengukuhkan keharmonian dan kebersamaan dalam masyarakat berbilang kaum.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ziarah-menziarahi dan rumah terbuka terus dipraktikkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk muhibah.
  • Perayaan bersama menunjukkan rasa syukur atas keamanan dan kemakmuran negara, mengukuhkan keharmonian sosial.
  • Amalan ini memperkukuh semangat kejiranan, mengatasi prejudis dan meneguhkan silaturahim dalam masyarakat berbilang kaum.

Di Perlis, masyarakat Tionghua melahirkan rasa gembira dan syukur atas kemakmuran serta keamanan dikecapi negara yang membolehkan perayaan itu diraikan bersama-sama.

Tinjauan RTM mendapati, ziarah-menziarahi dan penganjuran rumah terbuka masih menjadi amalan tradisi yang subur dalam masyarakat.

Tan Geak Loi, Lim Hooi Choa dan Siti Berenee Yahaya yang ditemui pada satu majlis rumah terbuka di sini, teruja untuk meraikan perayaan itu bersama-sama, meski berlainan bangsa dan agama.

Mereka berharap amalan itu kekal dihidupkan sebagai teras perpaduan kaum serta mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran dan masyarakat.

Sekali gus, memperkukuh semangat kejiranan, memupuk muhibah serta mengelakkan prejudis antara kaum.