fb fb fb fb fb

Alumni 4B bantu Kerajaan Perpaduan sebar maklumat kepada rakyat

Datuk Ahmad Kamil

KUALA NERANG, 4 April- Penggerak Alumni 4B Negeri Kedah akan membantu Kerajaan Perpaduan dalam menyampaikan maklumat-maklumat tepat berkaitan program dilaksanakan kepada rakyat terutama di kawasan-kawasan pedalaman.

Ia bagi memastikan rakyat di segenap lapisan mendapat maklumat tepat dan jelas berkaitan sesuatu perkara, selain mengelak mereka terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak tertentu.

Menurut Timbalan Pengerusi Alumni 4B Negeri Kedah, Datuk Ahmad Kamil, dalam masa sama, mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat.

Jawatankuasa penggerak terdiri daripada alumni-alumni 4B yang masih bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan dan kebajikan dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata pengalaman yang dimiliki Alumni 4B perlu digunakan dengan sebaiknya bagi menangkis tohmahan, fitnah dan berita tidak tepat yang disebarkan terutama melalui platform media sosial.

Ia bagi mengelakkan orang ramai daripada terus terpedaya dengan dakyah-dakyah palsu yang akhirnya memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan kesejahteraan masyarakat.

"Alumni memainkan peranan yang penting, jadi penghubung antara Kerajaan Perpaduan dengan rakyat.

"Jadi segala fitnah-fitnah yang tidak betul perlu diperbetulkan.

"Pembohongan yang teratur dapat mengalahkan kebenaran yang tidak teratur.

"Oleh yang demikian, alumni berperanan untuk menerangkan kepada masyarakat perkara yang sebenar. Ini peranan alumni," katanya kepada pemberita di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM