Altimet sambut baik cadangan penjawat awam bekerja dari rumah

ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad (Altimet)

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad menyambut baik cadangan penjawat awam bekerja dari rumah (BDR) sebagai persedian berdepan kesan konflik geopolitik.

RINGKASAN BERITA AI
  • BDR sudah menjadi sebahagian realiti kehidupan, terutama di kalangan masyarakat sekitar Lembah Klang.
  • Cadangan BDR dilihat sesuai sebagai langkah persediaan menghadapi kesan konflik geopolitik.
  • Pelaksanaan BDR boleh menjadi pemangkin untuk golongan yang sesuai bekerja dari rumah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Altimet berkata bekerja dari rumah sudah menjadi sebahagian daripada realiti kehidupan terutamanya masyarakat di sekitar Lembah Klang.

“Saya rasa cadangan bekerja dari rumah ini ada atau tiada konflik di Asia Barat merupakan salah satu realiti hidup bekerja terutamanya di Lembah Klang.

“Jadi saya rasa cadangan itu sekiranya dilaksanakan, boleh jadi satu pemangkin ke arah untuk golongan yang sesuai bekerja dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas Majlis Santuni Kasih Ramadan bersama anak-anak yatim dan asnaf di ibu negara.