Allahyarham Mohd Fadhil Tan dikebumikan di Ipoh

Allahyarham Mohd Fadhil Tan Razman Tan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh

IPOH, 10 April – Jenazah Jurubahasa Isyarat RTM, Mohd Fadhil Tan Razman Tan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, pada pukul 2.30 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah dimandikan dan disolatkan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
  • Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan, dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan sahabat memberi penghormatan terakhir.
  • Rakan jurubahasa berkata Allahyarham banyak membantu tugas harian dan dianggap seperti keluarga; rakan meluahkan kesedihan mendalam.
  • Terlibat kemalangan motosikal di Simpang Pulai pada 6 Mac; dirawat di HRPB dan ditempatkan di ICU kira-kira sebulan sebelum meninggal.

Terdahulu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan sahabat bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Fadhil Tan.

Rakan jurubahasa RTM, Khairunnisa Kho Abdullah, berkata Allahyarham banyak membantu memudahkan urusan kerja harian, khususnya dalam kalangan jurubahasa di organisasi itu.

“Bagi saya, perasaan sedih itu sukar untuk digambarkan kerana dia sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Saya perlu kuat demi kedua-dua keluarga dan tidak boleh menunjukkan kesedihan saya,” katanya.

Sementara itu rakan allahyarham, Abidul Hazman Adam, meluahkan rasa sedih namun berusaha untuk kekal tabah.

“Bagi saya, saya amat sedih dan sukar untuk menggambarkan perasaan itu kerana dia sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Saya perlu kuat demi kedua-dua keluarga dan tidak dapat menunjukkan kesedihan saya,” katanya.

Allahyarham Mohd Fadhil sebelum ini terlibat dalam kemalangan motosikal di Simpang Pulai pada 6 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung ibunya di Ipoh.

Allahyarham kemudian menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.