fb fb fb fb fb

Al-Sultan Abdullah zahir sukacita atas kejayaan cemerlang ATM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita atas pelbagai kejayaan dan prestasi cemerlang yang dipamerkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Al Sultan bertitah barisan kepimpinan ATM perlu meningkatkan aspek pemerintahan dan kawalan, serta nilai profesionalisme.

Perkara tersebut penting bagi memastikan angkatan keramat itu terus kekal lestari sebagai benteng utama pertahanan negara.

"Melangkah ke hadapan; Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hendaklah terus diperkasa agar ianya sejajar dengan matlamat negara untuk membentuk sebuah angkatan masa hadapan yang berkeupayaan untuk melindungi kedaulatan negara.

"Pada masa yang sama dapat menangani cabaran geo-politik dunia yang kompleks. Justeru aspirasi ke arah pembentukan sebuah Angkatan Tentera Malaysia masa hadapan yang kredibal dan berkeupayaan tinggi wajar dijadikan sebagai satu agenda nasional," titah baginda dalam Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana, Sungai Besi.

Al-Sultan Abdullah bertitah sejak penubuhannya, ATM menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara.

Ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19 dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat, warga ATM berjuang di barisan hadapan bagi menentukan struktur pentadbiran dan keselamatan negara kekal utuh tanpa diganggu-gugat.

ARTIKEL BERKAITAN

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI