PUTRAJAYA, 7 Julai- Tema 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' diangkat sebagai asas sambutan Ma'al Hijrah kali ini untuk membangunkan sebuah negara bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia juga menyeru kepada usaha membangunkan negara Malaysia MADANI yang berperadaban tinggi.
"Cukup-cukuplah kita berseteru sesama sendiri, ia amat merugikan agama dan negara. Umpama yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang, Segala kesumat kebencian harus dileraikan dengan nilai rahmah dan kasih sayang.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam untuk bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan keharmonian negara dengan berpandukan Fiqh Ta’ayush (fiqh kewujudan bersama).
"Usahlah sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan alat untuk meraih sokongan dan kepentingan tertentu. Semua pihak harus bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian negara.
Datuk Dr Mohd Naim menyampaikan Titah Ucapan Di-Raja sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024 di Putrajaya.