fb fb fb fb fb

Aktiviti sukan dan riadah pupuk gaya hidup sihat

KUALA PERLIS, 26 Mac - Penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti sukan dan riadah sebagai satu usaha berterusan dalam memupuk gaya hidup sihat.

Ini termasuklah melakukan aktiviti kayuhan santai yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh selain ketahanan diri serta jati diri seseorang individu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, faktor kesihatan penting dan sentiasa perlu dititikberatkan oleh penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik semasa melaksanakan tugasan.

"Kita sedia maklum budaya sihat ini memang amalan, sepatutnya kita amalkan, disamping kita setiap hari bekerja. Jika tidak sihat susahlah kita melaksanakan tugasan. Saya lihat kayuhan basikal ini telah menjadi trend, popular bukan sahaja penjawat awam tapi juga seluruh rakyat Malaysia", katanya kepada media, di sini hari ini.

(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali)

"saya menyeru kepada semua penjawat awam supaya mereka mengamalkan aktiviti atau pun budaya hidup sihat macam ini sekurang-kurangnya laksana, lakukanlah riadah seumpama ini untuk kesihatan. 

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat Projek Diraja Kampung Warna-Warni, Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

Program ini bersempena Kayuhan Santai Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra yang disertai 800 peserta dengan jarak sejauh 25 kilometer.

Media Baharu