
GEORGE TOWN, 30 Mac – Pelaksanaan aktiviti kokorikulum di sekolah sekitar negeri Pulau Pinang disesuaikan sepanjang musim cuaca panas untuk memastikan keselamatan dan keselesaan murid.
- Aktiviti dijalankan di kawasan berbumbung bagi keselamatan dan keselesaan murid.
- Elakkan aktiviti semasa matahari terlalu terik untuk mengurangkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari.
- Banyak sekolah sediakan dewan terbuka untuk menjalankan aktiviti luar dengan selamat.
- Lawatan Pengarah Pendidikan ke SK Sungai Gelugor menilai kesediaan sekolah mematuhi garis panduan.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, berkata antara langkah yang diambil termasuk menjalankan aktiviti di kawasan berbumbung selain melakukan kegiatan pada waktu pagi bagi mengelakkan murid terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
“Aktiviti Pendidikan Jasmani dilaksanakan di kawasan yang berbumbung. Namun, kita elakkan aktiviti pada awal pagi atau ketika matahari terlalu terik supaya murid tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.
“Itulah sebabnya sekarang banyak sekolah mempunyai dewan terbuka untuk menjalankan aktiviti luar murid dengan selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Lawatan Pengarah Pendidikan ke Sekolah Bagi Kesediaan Sekolah Patuhi Garis Panduan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini.