fb fb fb fb fb

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar: kadar denda maksimum dinaikkan kepada RM1 juta

KOTA TINGGI, 19 Mac- Dalam usaha membendung jenayah hidupan liar, kadar denda bakal dinaikkan menerusi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, berkuat kuasa Jun ini.

Menurut Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, kadar denda maksimum RM500,000 akan ditingkatkan kepada RM1 juta.

Selain itu, pendekatan memasang perangkap turut diambil bagi melindungi haiwan terbabit serta memberikan khidmat nasihat kepada penduduk jika menghadapi ancaman.

"Kita lebihkan kepada pasang perangkap dan juga kita buat 'engagement' tak kiralah sama ada gajah ke harimau ke kita buat 'engagement' dengan penduduk setempat bagaimana nak mengatasi benda ni khidmat nasihat kita buat," kata Abdul Kadir.

Beliau berkata dalam sidang media Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Kota Tinggi, Johor.


(Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim)

Berdasarkan rekod, 356 individu ditahan dalam 39 operasi OBK dijalankan sejak tiga tahun lalu.

Manakala 2,038 jerat hidupan liar berjaya dimusnahkan dengan nilai sitaan RM36.45 juta.

Sebanyak 187 kertas siasatan turut dibuka dalam tempoh sama.

Media Baharu