fb fb fb fb fb

Akta Majlis Media Malaysia: Reformasi institusi penting buat negara

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Penggubalan Akta Majlis Media Malaysia 2025 yang berkuatkuasa hari ini, bukti komitmen Kerajaan MADANI melaksanakan reformasi institusi.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan
Johan berkata, Akta Majlis Media Malaysia ini merupakan suatu langkah bersejarah dan positif bagi menjamin kebebasan media, sekali gus memastikan kebertanggungjawaban badan dan pengamal media.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dengan berkuatkuasanya akta ini, media di Malaysia akan beralih daripada kerangka yang memerlukan intervensi kerajaan kepada suatu kerangka kawalan sendiri .

"Dengan akta ini, kebergantungan masyarakat kepada sistem kehakiman, sama ada melalui saman sivil atau pendakwaan jenayah, bagi menguruskan aduan mengenai media akan berkurangan.

"Tindakan ke atas badan dan pengamal media atas talian melalui undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia juga wajar diminimakan.

"Segala ketidakpuasan hati atau resolusi berkaitan pelaporan oleh media akan diurus dan diselesaikan oleh mekanisme penyelesaian yang akan dirangka melalui akta ini kelak."

"Bagi Pakatan Harapan (PH) pula, penubuhan Majlis Media juga merealisasikan salah satu daripada tawaran manifesto "Kita Boleh" PH untuk Pilihan Raya Umum ke-15," katanya yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Menurutnya, kerajaan turut diingatkan untuk terus melaksanakan reformasi dengan membuat semakan semula ke atas undang-undang yang mengekang kebebasan media termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Ini agar dengan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan Akta Majlis Media Malaysia 2025 berkuatkuasa hari ini, iaitu pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK