fb fb fb fb fb

Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka-Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Jun-Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia juga bagi memenuhi keperluan dan keadaan semasa bidang berkenaan.

"Peranan Juruukur bangunan telah berkembang selari dengan sesuai dengan tanggungjawab baharu merentasi pelbagai spektrum.

"Sementara itu,sektor geometri dan ukur tanah telah menerokai bidang baharu seperti penggunaan dron 3D untuk kerja ukur.Geometri dan ukur tanah memainkan peranan penting dalam pembangunan tanah", katanya demikian ketika berucap di Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa ke-26 di sini.

Tambahnya, akta itu masih di peringkat perbincangan bersama pemain industri untuk diperhalusi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD