fb fb fb fb fb

Akta FINAS akan diteliti, dibawa ke Parlimen - Fahmi

(Foto Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 akan segera diteliti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk di bawa ke Parlimen.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata akta tersebut perlu dipinda bagi memperbaiki mengikut kesesuaian dan keperluan industri perfileman semasa.

"Perkara berkenaan sedang dalam penelitian pihak KKD sebelum dibawa kepada saya dan seterusnya ke Jemaah Menteri. Saya jangka tidak terlalu lama dari sekarang. Kita boleh bawa ke Jemaah Menteri dan kita akan masuk dalam senarai untuk dibawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam melibatkan para penggiat industri kreatif di REXKL di sini.

Beliau turut mengambil serius isu kebajikan pekerja dalam bidang perfileman dan permasalahan akan dimuktamadkan dengan segera.

Sesi dialog tersebut bertujuan memberikan ruang interaktif secara bersemuka antara agensi kerajaan dan pelbagai pemegang taruh terdiri daripada penerbit, pelabur, tenaga produksi, penyedia perkhidmatan, pempamer, persatuan perfileman dan komuniti filem.


(Foto Fahmi Fadzil)

Media Baharu