fb fb fb fb fb

Pindaan Akta Finas 1981, pastikan kebajikan pekerja industri kreatif

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/BERNAMA

PUCHONG, 5 April- Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 bakal dipinda bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja industri kreatif.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pindaan melibatkan beberapa standard kontrak dalam akta tersebut.

Beliau berkata pindaan juga akan melibatkan Akta Kanak-Kanak yang memerlukan pelakon kanak-kanak mendapatkan permit bekerja.

"Kita sedang dalam proses untuk buat pindaan kepada Akta Finas dan kita berhasrat untuk memasukkan beberapa pindaan termasuk mengenai aspek standard kontrak ini dalam pindaan tersebut,” katanya.

"Tapi dalam masa yang sama, saya telah minta Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib untuk meneliti sementara kita melalui proses itu, ia akan memakan masa, mungkin lagi setengah tahun ataupun setahun tapi kontrak-kontrak yang sedia ada kita perlu tambah baik untuk pastikan aspek keselamatan sosial para pekerja industri kreatif ini tidak diketepikan.

Beliau berkata demikian pada media akhbar ketika melakukan program Ziarah Ramadan Sempena Aidilfitri ke rumah pengarah dan pelakon, Mohamad Jamil Zulkifli atau lebih dikenali sebagai M. Jamil di Puchong, Selangor.

ROSLINA BINTI DIN