GEORGETOWN, 14 Mac - Kerajaan Pulau Pinang masih dalam peringkat perbincangan sebelum menandatangani Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya perlu meneliti pelbagai aspek sebelum keputusan berhubung perkara itu dimuktamatkan.
"Ini telah dilakukan oleh negeri-negeri yang lain. Cuma tinggal beberapa negeri yang belum menggunapakai akta 672.
"Kita akan melihat perbandingan antara negeri yang terima pakai dan negeri yang uruskan sendiri. Apakah manfaat kekurangan, kelebihan lain-lain perkara yang boleh diteliti lagi, sebelum satu keputusan dibuat",kata Kon Yeow yang ditemui media selepas sesi temubual bersama 4 dari 51 penerima Anugerah Penang Future Foundation (PFF) 2023 di Komtar.
Seramai 700 pelajar telah menerima Anugerah Biasiaswa PFF terdiri daripada Ijazah Sarjana Muda dan dari pelbagai bidang sejak dari tahun 2015 hingga 2022.
Setakat ini tujuh negeri telah menerima pakai Akta 672 manakala lima negeri lagi iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu masih belum menandatangani perjanjian tersebut.