fb fb fb fb fb

Akta 605 bakal dikaji semula, beri pengecualian kepada IPTA keluarkan kenyataan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober-Kementerian Pendidikan Tinggi bakal (KPT) mengkaji semula Akta Badan-Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605) khususnya untuk memberikan pengecualian kepada universiti awam dalam arahan tertentu termasuk mengeluarkan kenyataan.

Menterinya Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata kajian berkenaan akan membolehkan universiti awam khususnya tidak terikat dalam menyampaikan pandangan masing-masing.

"Maka halangan terbesar kita ada akta 605 dan beberapan cubaan telah dibuat sehingga kini. Saya telah meminta supaya akta 605 ini juga dilihat semula agar diberi pengecualian dalam konteks universiti awam, kerana universiti awam itu badan berkanun dan didalam akta 605 itu ada 12 institusi yang dikecualikan.

“Saya sedang mencuba perkara ini bagi membolehkan supaya iklim dalam universiti tidak terkongkong dengan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka. Tapi dengan syarat dalam tradisi keintelektualan, seorang yang bercakap tidak merapu tanpa fakta dengan teori yang bukan-bukan. Jadi kita akan lihat semula dalam konteks akta ini,” katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Makhota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan insiden seperti larangan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melarang kakitangannya membuat kenyataan awam, tidak berulang semula.

Ia susulan surat pekeliling yang tular baru-baru ini dikeluarkan UKM kepada seluruh warga akademik dan petugas berhubung arahan supaya pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan awam termasuk di media sosial yang mencetuskan pertikaian banyak pihak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD