LANDOVER, 15 Jun-Dua jaringan masing-masing oleh Ketua pasukan , Lionel Messi dan Lautaro Martinez berjaya membantu Argentina menewaskan Guatemala 4-1 sekali gus melengkapkan perlawanan pemanas menjelang kejohanan Copa Amerika yang bakal bermula minggu depan.
Pada perlawanan tersebut, Messi menyamakan kedudukan selepas juara bertahan Copa America itu ketinggalan 1-0 pada awal permainan.
Guatemala mengejutkan Argentina selepas perlawanan memasuki minit ke-4 apabila tendangan percuma yang diambil oleh Oscar Santis mengelirukan pertahanan Argentina dan menyebabkan pertahanan Argentina Lisandro Martinez menjaringkan gol sendiri.
Argentina tidak memerlukan masa yang lama bagi menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Messi hasil kesilapan penjaga gol Guatemala, Nichlosa Hagen pada minit ke-12.
Kesilapan berpunca hasil kesilapan Hgen yang membuat tolakan ke Messi yang tidak dikawal menolak ke gawang gol yang telah terbuka.
Argentina kemudiannya mendahului pada minit ke-39 selepas pertahanan Guatemala, Nicolas Samayoa yang menjatuhkan Velentin Carboni dalam kotak penalti.
Martinez tidak mensia-siakan peluang dengan nerenbat tenang bagi gol kedua perlawanan.
Martinez terus menambahkan gol ketiga Argentina pada minit ke-66 bagi menjadikan kedudukan 3-1.
Messi kemudian menjaringkan gol keempat pasukan sekali gus gol peribadi kedua perlawanan hasil hantaran pemain sayap veteran,Angel Di Maria pada minit-77.