fb fb fb fb fb

Akaun Twitter KPKT digodam?

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Akaun Twitter rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipercayai digodam.

Akaun Twitter KPKT dengan nama @kpkt_gov dicipta pada Mac 2010 itu mula membuat ulang ciap terhadap hantaran-hantaran yang tidak berkaitan dengan aktiviti atau majlis rasmi KPKT.

Gambar profil di Twitter juga turut hilang meskipun laman Twitter itu sudah memiliki pengesahan simbol Verified (Autentik) atau bukan palsu.

Melalui semakan, akaun tersebut mula menghantar ciapan yang tidak berkaitan sejak 27 Mac lalu pada pukul 5.36 pagi.

Akaun rasmi kementerian itu mempunyai 42,223 pengikut di Twitter.

(Ciapan terakhir berkaitan aktiviti rasmi KPKT pada 26 Mac lalu/FOTO tangkap layar Twitter KPKT)

Ciapan terakhir berkaitan aktiviti rasmi KPKT ialah pada 26 Mac lalu, pukul 1.48 pagi iaitu hebahan mengenai rangkuman Hari Pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringat Negeri Perlis.

Bagaimanapun, KPKT setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan akaun Twitter yang dipercayai digodam.

 

 

Media Baharu