PETALING JAYA, 25 Disember – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan beberapa akaun palsu yang menggunakan nama syarikat itu di platform media sosial.
TH menerusi satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, akaun-akaun tersebut turut dikenal pasti menyebarkan tawaran palsu dan berita tidak benar.
Sebagai langkah berjaga-jaga, TH telah membuat laporan rasmi bagi tujuan menyahaktifkan akaun-akaun tersebut.
Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu di platform media sosial yang menggunakan nama TH.
Selain tu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berjati-hati dengan berita palsu atau tawaran yang disebarkan menerusi akaun-akaun berkenaan.