fb fb fb fb fb

Akademi Industri peringkat nasional dilancarkan Selasa ini- Rafizi

(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada Program Jelajah Madani di
Perkarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway, Sikamat)

SEREMBAN, 30 Julai- Projek Rintis Akademi Industri peringkat nasional bakal dilancarkan Selasa ini sebagai usaha kerajaan untuk melaksanakan reformasi pasaran buruh dalam negara.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, 200 syarikat pengilang antarabangsa akan bekerjasama memberi peluang kepada belia khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melibatkan diri dalam sektor pembuatan dan perkilangan sebagai pekerja berkemahiran tinggi.

"Kalau kita tidak lakukan sesuatu kreatif, ini akan ada kesan lebih parah kepada negara jadi kita yakin sebenarnya, terutama kepada belia tidak ada kelulusan.

"Lepasan SPM di negara kita hanya sekitar 30% sahaja yang melanjutkan pelajaran, 70%  kekal dengan SPM jadi mereka ini nak buat apa, kita kena buka dan bawa mereka masuk ke dalam sektor pembuatan dan perkilangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Jelajah Madani di Perkarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway, Sikamat.

Tambahnya, projek itu juga bagi menangani isu berbangkit mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti tempoh pengajian yang panjang, tidak menamatkan pengajian dan minat belia yang kurang dalam bidang berkenaan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu