KUALA LUMPUR, 14 Mac - Ajaran 'The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL)' yang disebarkan secara dalam talian ketika ini, disahkan sesat.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, falsafah dan konsep ajaran itu jelas bercanggah dengan Islam, selain bersifat pluralisme agama.
Ajaran sesat tersebut aktif di pelbagai platform media sosial, malah lebih popular melalui penstriman langsung di TikTok dengan lebih 30,000 pengikut.
Kumpulan itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
Di aplikasi YouTube pula, AROPL mempunyai 24.300 pengikut dan 275 video.
IKIM memandang serius isu berkenaan dan akan berusaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia.
IKIM juga akan menggunakan semua saluran dan platform seperti Radio, TVIKIM dan media sosial bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat.