fb fb fb fb fb

Airbus lengkapkan pemasangan A330neo sulung untuk MAS

Bahagian ekor pesawat sudah siap dicat logo ikonik MAS iaitu Wau

TOULOUSE, 31 Mei- Airbus telah memulakan pemasangan terakhir A330neo yang pertama untuk Malaysia Airlines yang dijadualkan untuk penghantaran pada suku ketiga 2024.

Bahagian ekor pesawat sudah siap dicat logo ikonik Wau syarikat penerbangan tersebut.

Pesawat berkenaan merupakan yang pertama daripada 20 A330-900, untuk menyertai armada syarikat penerbangan bawah program pemodenan pesawat berbadan lebar.

Seperti semua pesawat Airbus, proses pengeluaran bermula di beberapa lokasi di sekitar Eropah, dimana bahagian pesawat utama dikeluarkan.

Tersedia dalam dua kelas, pesawat dapat menampung 28 penumpang dalam Kelas Perniagaan dan 269 dalam Kelas Ekonomi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE