fb fb fb fb fb

Air Selangor teroka teknologi rawatan air guna AI

Izham menjelaskan penggunaan AI, IoT diyakini menjimatkan air, mengurangkan kos dan menyumbang kemampanan alam sekitar /FOTO BERNAMA

SHAH ALAM, 20 November - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang meneroka penggunaan teknologi rawatan air menerusi kecerdasan buatan (AI).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir. Izham Hashim menyatakan, ia bertujuan memantau, meramal dan mengesan kualiti sumber air mentah dari sungai sebelum ia dirawat di 34 loji rawatan air di negeri itu.

"Kerajaan negeri sentiasa terbuka dalam penggunaan Al, Internet Pelbagai Benda (IoT), analitik lanjutan dan sensor jarak jauh.

"Teknologi berkenaan boleh membantu mengawal pengesanan paras air bagi amaran awal banjir dan kualiti air dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengurusan air di Selangor," kata Izham.

Kerajaan negeri yakin sistem pengurusan air yang menerapkan teknologi terkini berupaya menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kos dan menyumbang kepada kemampanan alam sekitar.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Semenyih Nushi Mahfodz pada persidangan Dewan Negeri Selangor, mengenai perancangan kerajaan negeri untuk meluaskan penggunaan AI dan IoT bagi tujuan berkenaan.

Trainee