KUALA PERLIS, 18 Oktober - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di buka, di sini berikutan kejadian air pasang besar.
Pengarah JKM Perlis Ku Chik Ku Mat Esa dalam kenyataan berkata, PPS yang dibuka ialah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini dengan menempatkan seramai 165 penduduk daripada 49 keluarga.
"Penduduk yang ditempatkan di IKBN Kuala Perlis dari enam buah kampung iaitu Kampung Tanah Baru, Kampung Pulau Ketam, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Seberang Alor, Kampung Baru Bukit Tok Po dan Kampung Bahagia," katanya.
Sebuah lagi PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai telah diaktifkan bermula pukukl 8.00 malam tadi berikutan IKBN Kuala Perlis tidak mampu menampung pertambahan penduduk yang akan dipindahkan.
Ini berikutan diramalkan air pasang besar yang akan berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi nanti dijangka mencecah ketinggian hingga 3.7 meter
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis kini siap siaga sepenuhnya bagi membantu memindahkan penduduk yang terjejas dengan air pasang besar sepanjang laluan Kuala Perlis hingga Kuala Sanglang.