AYER KEROH, 28 Mac -Kerajaan Melaka akan berikan bantuan ‘one off’ kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang memerlukan bantuan untuk pulang ke Melaka sempena Aidilfitri ini.
Timbalan Exco Pembangunan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa persatuan anak Melaka di IPTA seluruh Malaysia untuk mendapatkan maklumat.
Katanya, pemberian sumbangan akan dibuat segera bagi memudahkan urusan mereka, membeli tiket bas dan merancang perjalanan balik ke Melaka.
"Untuk memudahkan bantuan kepada semua kita akan bagi bantuan one off untuk balik raya mungkin kita tak mampu memberi bantuan menyeluruh tapi sekurang- kurangnya dapat meringankan beban pelajar-pelajar anak-anak Melaka yang belajar di luar Melaka khususnya.
"Kita tumpukan mereka yang belajar di IPT di luar Melaka", katanya yang ditemui selepas majlis Townhall TAPEM bersama Mahasiswa anak Melaka di Masjid Al Alami, di sini.
Mengulas lanjut, bantuan sama akan diberikan kepada anak Melaka yang belajar di Sabah dan Sarawak.