fb fb fb fb fb

Aidilfitri: KPDN Kelantan akan pastikan petrol, diesel cukup

Namun, katanya bekalan bahan api tersebut diharap mencukupi untuk keperluan pengguna sepanjang Aidilfitri.

KOTA BHARU, 4 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan memastikan bekalan bahan api mencukupi bersempena Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata penjadualan telah dibuat melibatkan semua stesen minyak di negeri tersebut.

Katanya, langkah tersebut bagi mengelak bahan api iaitu petrol dan diesel tidak terputus bekalan sepanjang musim perayaan ini. 

"Untuk bahan api, diesel dan petrol kita telah dapat buat penjadualan untuk pastikan bekalan akan mencukupi di setiap stesen dan tidak ada stesen yang terputus bekalan.

"Kita telah ada jadual untuk kita pastikan ronda kita, 'team escort' (kumpulan pengiring) kita bersama-sama membawa lori-lori minyak dari sempadan Kuala Terengganu dan sempadan Gua Musang untuk masuk ke stesen-stesen yang memerlukan bekalan," katanya pada sidang media di sini.

Jelas beliau, mengenai keperluan jumlah kapasiti atau liter bahan api tersebut pula bergantung kepada stesen minyak yang memerlukannya di seluruh negeri. 

Namun, katanya bekalan bahan api tersebut diharap mencukupi untuk keperluan pengguna sepanjang Aidilfitri.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM