KOTA BAHRU, 3 April - Kelantan mengumumkan 9 April ini sebagai cuti peristiwa di negeri berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata cuti peristiwa itu bagi membolehkan rakyat di negeri itu melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri.
"Pada masa sama kita mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku sehari sebelum hari raya," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di Kota Darulnaim, di sini.
Sementara itu, Nassuruddin turut mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
Beliau berkata, bantuan itu akan diberikan sebelum Selasa depan melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM5.3 juta.
"Selain itu bayaran penghargaan ini akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250," katanya.