fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Aliran trafik Plaza Tol Gombak lancar

Kesemuanya berfungsi dengan baik, sekali gus menjadikan operasi di plaza tol gombak itu berjalan lancar.

GOMBAK, 9 April- Aliran trafik di Plaza Tol Gombak, Selangor didapati lancar biarpun terdapat pertambahan daripada segi bilangan kenderaan berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Hasil tinjauan krew RTM sejak pukul 6.30 pagi tadi mendapati ANIH Berhad yang juga merupakan pemegang Konsensi Lebuhraya Pantai Timur bukan sahaja menambah jumlah kakitangan tol, malah menambah peralatan dan sistem tol serta pengaktifan lorong tol tambahan terutamanya pada waktu puncak.

Kesemuanya berfungsi dengan baik, sekali gus menjadikan operasi di plaza tol gombak itu berjalan lancar.

Plaza tol tersebut juga turut menempatkan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi melancarkan lagi operasi transaksi di kesemua lorong tol.

Pengguna boleh mendapatkan informasi terkini menerusi media sosial ANIH Berhad di Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan X  di LPTTrafik, serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) llmtrafik dan sekiranya berlaku kecemasan, boleh menghubungi LPT Line di 1-700-818-700 atau talian LLM di 1800-88-7752.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM