fb fb fb fb fb

AI diguna kenal pasti kawasan tanah jerlus

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / Foto RTM

BANTING, 30 Ogos - Teknologi kecerdasan buatan (AI) akan digunakan untuk mengenal pasti kawasan tanah jerlus di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia susulan lebih 2,000 kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

"langkah ini dibincangkan dalam kabinet untuk memastikan kerajaan dapat fokus menggunakan sains dan teknologi, termasuk AI, untuk mengatasi atau mengelakkan kejadian tanah runtuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), di sini.

Setakat ini, Nanta berkata kementeriannya bersama agensi berkaitan sedang mengenal pasti lokasi berisiko, terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN