PUTRAJAYA, 16 April-Malaysia terus komited dalam memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.
Ia termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, serta bidang berkaitan teknologi baharu seperti inisiatif kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seorang sahabat sejati yang akan kita bekerjasama dalam pelbagai bidang dan pembangunan seperti
dalam pelaburan ekonomi.
"Sudah tentu, teknologi baharu termasuk inisiatif AI dan perkara berkaitan yang telah kita bincangkan", katanya demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan China di Kompleks Seri Perdana di sini.
Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia petang Selasa, untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Lawatan Jinping adalah sebahagian daripada siri lawatan negara pertama beliau pada tahun ini, yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
Kali terakhir Presiden China itu mengadakan lawatan negara ke Malaysia adalah pada 2013, menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Sementara itu, Malaysia dan China memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi meningkatkan perdagangan dalam perkhidmatan.
Selain, kerjasama perindustrian yang akan memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi.
MOU tersebut termasuk kerjasama perdagangan dalam perkhidmatan serta menaik taraf inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' China-Malaysia.
Selain, kerjasama dalam kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital...
Serta, MOU kerjasama antara Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran (Pentadbiran Standardisasi) China dan Jabatan Standard Malaysia mengenai kerjasama penyeragaman.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China, Wang Wengtao masing-masing mewakili Malaysia dan China dalam pertukaran dokumen berkaitan perdagangan perkhidmatan dan taman berkembar.