fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid ucap takziah pemergian Taib Mahmud

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

OSAKA, 21 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh Malaysia, terutama rakyat negeri Sarawak.

Beliau menyifatkan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak itu seorang yang sangat progresif dan dinamik dalam kepimpinan.

“Saya secara peribadi mengenali beliau dan beliau banyak memberikan idea-idea baharu kepada saya untuk mentadbir kementerian yang saya ketuai sebelum itu dan ketika ini”, katanya ketika ditemui RTM di Osaka, Jepun.

Beliau turut memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, 87 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di pusat perubatan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi tadi. Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak selama enam penggal meninggalkan seorang balu dan empat anak.

ROSLINA BINTI DIN