fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid tidak sabar kembali bertugas

Datuk Seri Anwar sempat meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini

KUALA LUMPUR, 25 November- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.

Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahi beliau sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.

"Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Ahad lepas anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE