KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di lapangan terbang Presidente Nicolau Lobato untuk lawatan rasmi ke Timor Leste bermula dari hari ini hingga 30 Ogos.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, ketibaannya disambut penuh kemeriahan oleh rakan sejawatnya, Naib Perdana Menteri 1, Francisco Kalbualdi Lay dan Naib Perdana Menteri 2, Eng. Mariano Assanami Sabino, serta turut bersama-sama ialah Duta Malaysia di Timor Leste Datuk Amarjit Sarjit Singh.
"Semoga lawatan rasmi ini dapat memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Timor Leste, serta dapat merencana kerjasama ekonomi dan beberapa projek kolaborasi pendidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Teruskan ikuti perkembangan terkini sepanjang lawatan saya di sini," katanya menerusi hantaran itu.